- Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya .
- Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya , lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf .
- Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan) .
- Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki , lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain .
- Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya , dia akan cair seperti coklat .
- Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian .
- Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati , tolak cintanya dengan lembut , jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja .
- Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika . Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan , cubalah tegur dia secara perlahan-lahan .
- Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa . Muzik , puisi , lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka .
- Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna .
- Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita .
- Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif , misalnya menghubunginya melalui telefon , si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit , semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut .
- Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita . Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita .
- Jika kamu menyukai seorang wanita , mulailah dengan persahabatan . Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam .
- Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar , tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu .
- Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu , teruskan usahamu untuk memikatnya .
- Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya . Tanya dia sendiri .
- Setelah seorang gadis jatuh cinta , dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal .
- Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis , bacalah buku-buku cinta .
- Bila setiap kali melihat foto bersama , yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri .
- Bekas kekasihnya akan selalu ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya .
- Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya .
- Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui .
- Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik .
- Cinta bererti kesetiaan , jujur dan kebahagiaan tanpa syarat
- Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati .
- Senjata wanita adalah airmata .
- Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah , bunga atau sekadar kata-kata romantik) . Mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati . Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu .
- Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya . So , kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah .
- Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa .
Thursday, June 27, 2013
Its girl things!!!!
Fact about guys!!! ALLERT!!!
1. Sebenarnya lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. Sebab itu, dia selalu meminta anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin anda terlihat mempesona.
2. Lelaki sangat benci dikhianati. Walau luaran mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah.
3. Ketika saat ini dia menyukai anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. Hal ini adalah wajar, tetapi bukan bererti anda tidak pernah ada di hatinya.
4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan anda berbeza. Bukan bererti tak boleh bersatu, tetapi saling mencuba untuk memahami satu sama lain.
5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, anda selalu ada di dalam fikirannya. Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya anda hari ini.
6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telefon. Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang anda.
7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai anda, dia akan menerima anda apa adanya. Tak peduli anda gemuk, hitam atau berjerawat. Mereka mungkin akan memberi nasihat pada anda untuk diet ketika anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai anda.
8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman anda. Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona.
9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian anda. Termasuk menceritakan kisahnya bekas kekasihnya, walaupun kadang-kadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada anda.
10. Lelaki tidak suka jika anda bercerita tentang bekas kekasih anda. Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih anda.
11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan anda!.
12. Lelaki ingin selalu berkongsi semua hal dengan anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda.
13. Sesekali, lelaki juga menangis. Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya, kerana anda ada untuknya.
14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.
15. Lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. Inilah yang membuat mereka gagal menelefon anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana anda memberikan respon yang negatif.
17. Saat anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita.
18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada anda. Seperti wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu.
19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. Percayalah, jika anda melakukan ini pada kekasih anda, maka ia akan terus menerus merindukan anda.
20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji anda (baca: merayu anda).
21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berfikir ketika anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, ertinya mereka tidak mahu melakukannya. Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong.
22. Jika anda berkata tidak, yang ada di dalam fikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi”. Masihkah anda ingat saat dia meminta anda menjadi kekasihnya dulu-dulu?.
23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi susah bagi mereka untuk memahami anda. Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah difahami.
24. Lelaki benci gay! Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya.
25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.
26. Lelaki akan menyimpan sebahagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk anda nanti.
27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka, tetapi bukan bererti mereka menyukai wanita itu.
28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri anda.
29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan bahawa anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.
30. Bukan perempuan saja yang gemar bergosip, lelaki juga selalu bergosip ketika bersama-sama kawannya.
31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat anda bersedih.
32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan dan menerima apa adanya.
33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.
34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.
35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.
36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.
37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.
38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, anda cukup mendengarkannya sahaja. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.
39. Jika ada seorang lelaki menyukai anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu.
40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan anda dari lelaki lain. Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall.
41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas, berbanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.
42. Lelaki adalah makhluk yang sgt pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan. Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.
43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.
44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahsia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahsia dengan baik.
45. Kadang-kadang, lelaki terlalu banyak berfikiran negatif berbanding positif.
46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga.
47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan wanita khususnya, termasuk anda.
48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone anda.
49. Jika anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari anda.
50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.
Tuesday, June 25, 2013
....caKE STory.....
Suatu cerita yg berkaitan dgn seorang gadis molek yg agak buntal...Menjadi gemuk seperti mnjadi satu
kesalahan. Sering diejek dan dibuli..Suatu ari,gadis ini belari dr dicemuh rakan2 nye.Tibalah die di satu banggunan yg cantik lg unik..Si gadis itu amat tetarik dgn aroma yg terhasil dr banggunan tersebut...Si gadis itu hanya mampu melihat sebuah moist cake choclate yg sgt enak..Si gadis itu belari2 utk masuk ke dalam...tapi mlngnye...bangg!!! telanggar pintu kaca yg berkunci.. The truth is,the happiness door is not easy to get..
Pada esoknye,gadis itu x berserah..Die pergi kembali..n kali iini die dpt kek yg diidam2kn..Pada saat kek dimasukkan ke dalam mulut,seperti kdngaran loceng2 dan piano dimainkn.Rse kek cok lat sgt harmoni dgn tekstur kek yg gebu n coklat cair didalam mulut seperti sungai. Saat itu die rsekn sngt indah...nothng can be compared with it.
Setiap hari,gadis itu akn mkn kek yg sme perasaan yg sme juga dirasai...Bukan nye kedai itu tiada kek laen..tapi gadis itu rse ad talian antre die ngan kek itu..Hari bersilih hari,minggu berganti minggu,bulan.....gadis itu ttp dgn kek yg sme.But one day...it change.Bukan gadis yg bertukar...tp kenikmatan kek da x sprti dlu..Adakah kek itu da tidak sesuai dgn taste si gadis itu?? Adakah hati si gadis sudah berubah?? Atau kek x benarkn nikmatnye dirasai oleh gadis itu lg?? deep dlm hati gadis itu masih tercaricari kek yg menjadi destined nye....Perubahan yg dirasai melahir kn rse ganjal pd si gadis apbila memakan kek...Apakah kesudahan si gadis itu dgn kek moist coklat nye??
Subscribe to:
Posts (Atom)